Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar DAP meninggalkan Kerajaan Madani segera, bukannya mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbuat demikian.

Beliau turut menempelak DAP yang sehingga kini masih berada dalam Kerajaan Madani, meskipun sudah beberapa kali digesa meninggalkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada pemimpin DAP sebenarnya tidak mempunyai keberanian meninggalkan Kerajaan Madani kerana sayangkan jawatan serta elaun yang diterima.

“Tidak perlu acah2 nak ugut PMX lah.

“Kalau berani, jalan lah sekarang!!

“Ini sembang kencang, tapi penakut sayangkan jawatan.

“Bak kata ahli parlimen dap di penang sebelum ni kepada saya ,kalau anak jantan,letaklah jawatan

“Jadi saya nak tanya DAP pula, ada berani ke letak jawatan sekarang? Ke xcukup jantan utk tinggalkan jawatan dan elaun tu,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan laporan pemilikan sahamnya seperti dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Poay Tiong yang juga Pengerusi DAP Melaka berkata, kegagalan kerajaan bertindak tegas dalam isu dikhuatiri akan mengakibatkan rakyat serta pengundi hilang keyakinan kepada kerajaan hari ini.

“Azam Baki perlu letak jawatan. ‘He have to go. He go or we go‘,” kata Poay Tiong. – MalaysiaGazette

 

Isu saham: Azam Baki letak jawatan atau kita (DAP) pergi – Poay Tiong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast