Keratan berita Kosmo!

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas tujuh pemuda yang terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu serta dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Tasik Biru, Kundang dekat sini, Isnin lepas, mendapat perhatian dan pujian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan rasa tersentuh dan penghargaan atas tindakan nekad pemuda berkenaan yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan tiga nyawa.

“Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.

“Saya juga mendoakan agar ibu serta kedua-dua anak ini diberi kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah SWT,” kata beliau.

Media hari ini melaporkan keberanian tujuh pemuda itu yang bertindak terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang wanita bersama dua anaknya selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, wanita berusia lingkungan 40-an bersama dengan dua anak perempuannya yang masing-masing berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast