Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis penyampaian cek cura Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 FEBRUARI 2026.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis penyampaian cek cura Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 FEBRUARI 2026.

IPOH – Kerajaan negeri meneruskan program Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa bagi tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM4 juta sebagai komitmen memperkasa kebajikan mahasiswa anak Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif berkenaan bagi memberi manfaat kepada mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Katanya, Bantuan Sara Diri diberikan mengikut peringkat pengajian, iaitu RM500 bagi pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda (RM700), Sarjana (RM800) dan Doktor Falsafah (RM1,000).

“Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan Bantuan Kecemasan Mahasiswa bagi membantu pelajar yang berdepan situasi luar jangka seperti kemalangan, masalah kesihatan serius, kecurian atau musibah lain.

“Bantuan ini diberikan berdasarkan merit kes dengan kadar maksimum sehingga RM5,000 dan tertakluk kepada pertimbangan jawatankuasa kelulusan,” katanya.

Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak bantuan mahasiswa Perak 2026 bantuan kewangan pelajar Perak Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak Baucar Buku mahasiswa Perak Saarani Mohamad bantuan pendidikan PASAK bantuan pelajar anak Perak IPT bantuan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media majlis penyampaian cek cura Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 FEBRUARI 2026.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bantuan Sara Diri, Kecemasan dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2026 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Aldrin Ng serta Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Khan.

Di samping itu Saarani memberitahu, kerajaan negeri turut memperuntukan sebanyak RM750,000 untuk Bantuan Baucar Buku yang bakal memanfaatkan 5,000 mahasiswa anak Perak.

Jelas beliau, bantuan dengan nilai RM150 seorang itu bertujuan membantu meringankan kos pembelian bahan rujukan dan buku pengajian.

Menurut Saarani lagi, permohonan dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi www.eheyns.com.my dengan Bantuan Sara Diri dan Baucar Buku dibuka bermula 2 Mac hingga 30 April, manakala Bantuan Kecemasan Mahasiswa dibuka sehingga 31 Oktober 2026

“Pelaksanaan berterusan bantuan ini mencerminkan keupayaan kewangan negeri yang stabil serta komitmen kerajaan negeri menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada mahasiswa.

“Ia sekali gus membolehkan anak-anak Perak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian dan membina masa depan yang lebih cemerlang,” katanya. – MG Perak

Untung Jadi Anak Perak:

Belanjawan Perak 2026: Hampir RM16 juta untuk bantuan pendidikan

Usaha perkasa Kad Perak Sejahtera bukti Kerajaan Negeri utama rakyat

Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030

RM4 juta untuk Bantuan Sara Diri, Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak

Perak medan magnet pelaburan berdaya saing

792 murid Orang Asli Perak terima bantuan persekolahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast