PUTRAJAYA – Seramai 31 warga asing ditahan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur bazar Ramadan di seluruh negara menerusi operasi yang dijalankan antara 19 hingga 25 Februari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 29 bazar Ramadan diperiksa melibatkan beberapa negeri iaitu Johor, Kedah,Melaka, Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya.

“Sepanjang operasi ini, seramai 131 warga asing telah diperiksa terdiri daripada 65 lelaki, 65 perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki membabitkan warga Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Thailand.

“Hasil pemeriksaan, kita telah menahan 31 individu atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk tiada pas yang sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas menghadiri program Semarak Ramadan JIM menerusi penyerahan bubur lambuk kepada kakitangan dan pelanggan di sini hari ini.

Tambah Zakaria, Kuala Lumpur antara negeri yang merekodkan jumlah tertinggi iaitu 12 tangkapan diikuti Putrajaya (11), Johor (7) dan satu tangkapan di Melaka, manakala negeri lain tidak merekodkan sebarang tangkapan.

“Operasi penguatkuasaan di tapak perniagaan bazar Ramadan merupaka tindakan berterusan bagi memastikan semua warga asing mmatuhi peruntukan undang-undang imigresen di negara ini

“Kita turut menegaskan bahawa pemeriksaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras keberadaan pendatang asing tanpa izin di lokasi tumpuan orang ramai,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast