Keadaan api yang marak dalam kebakaran yang mengorbankan lima sekeluarga di Raub, awal pagi ini.

RAUB – Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar 3.35 pagi tadi.

“Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian, “ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kesemua mayat berkenaan akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast