Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun hadir ke program Jelajah Sejahtera Agro Sektor Akuakultur@DUN Belanja di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2026. bantuan nelayan darat bakul makanan
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun hadir ke program Jelajah Sejahtera Agro Sektor Akuakultur@DUN Belanja di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2026.

PARIT – Lebih 1,500 nelayan darat yang terkesan akibat kemarau di Perak menerima bantuan secara sekali beri (one-off) berupa bakul makanan sumbangan daripada kerajaan negeri.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ia sebagai inisiatif membantu meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan ekoran cuaca panas dan sungai mengering.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan untuk memberi bantuan one-off kepada nelayan-nelayan yang mempunyai lesen di mana mereka semata-mata mencari nafkah dengan menangkap ikan yang terjejas akibat kemarau.

Nelayan di DUN Belanja menerima bantuan kotak makanan pada program Jelajah Sejahtera Agro Sektor Akuakultur@DUN Belanja di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2026.

“Kita sudah mula beri bantuan berupa bakul makanan ini di beberapa tempat seperti Sungai Siput, Kuala Kangsar, Parit hari ini dan lain-lain daerah akan menyusul,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke program Jelajah Sejahtera Agro Sektor Akuakultur@DUN Belanja di Dewan Terbuka Ngah Sagor, di sini, pada Khamis.

Pada majlis berkenaan seramai 86 nelayan darat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja menerima bantuan kotak makanan berupa barang asas.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun hadir ke program Jelajah Sejahtera Agro Sektor Akuakultur@DUN Belanja di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2026.

Mengulas mengenai situasi semasa air Sungai Perak yang masih kering, Zolkafly berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk pembenihan awan.

Jelas beliau, hujan sejak beberapa hari ini memberi keyakinan bahawa paras air sungai akan kembali normal dan membawa sinar kepada nelayan dan petani.

“Alhamdulillah kita lihat ada perubahan dengan hujan pun sudah ada, mudah-mudahan air Sungai Perak kembali kepada asal berkat bulan Ramadan ini,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Perak teruskan program Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa

Perak giat perkukuh pertanian bandar demi keterjaminan makanan

 

Perak bantu 1,500 nelayan darat terjejas kemarau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast