Ahli perniagaan Datuk Seri G. Gnanaraja menegaskan di mahkamah bahawa beg berisi wang RM1 juta memang diserahkan kepada Lim Guan Eng berhampiran kawasan Publika pada 20 Ogos 2017.
Keterangan itu diberikan ketika beliau disoal balas peguam Ramkarpal Singh dalam perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.















