Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan penuntut lelaki yang memuat naik gambar memijak al-Quran di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam bagi melengkapkan siasatan.

Siasatan itu dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, tindakan ini diambil susulan penularan satu kandungan di platform Threads yang dimuat naik menggunakan nama akaun “ryandaselva”, memaparkan perbuatan memijak al-Quran.

“Kandungan berkenaan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian awam,” katanya.

MCMC mengingatkan orang ramai agar menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam, menyentuh sensitiviti agama atau menjejaskan perpaduan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast