KUALA LUMPUR – PETRONAS menjangkakan proses pelaksanaan penstrukturan semula tenaga kerja membabitkan kira-kira 5,000 pekerja atau sekitar 10 peratus daripada keseluruhan kakitangannya selesai menjelang 1 Ogos ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, proses itu tidak boleh melibatkan pemberhentian secara serentak di mana pelaksanaannya dibuat secara berperingkat bagi memastikan operasi syarikat tidak terjejas.
Beliau memberitahu beliau, fasa pertama telah dilaksanakan tahun lalu diikuti fasa seterusnya pada Mac dan Julai ini sebelum struktur organisasi baharu dimuktamadkan sepenuhnya menjelang 1 Ogos.
“Kami ingin tekankan bahawa ini adalah satu proses yang sukar bagi kami tetapi ia dilaksanakan untuk memastikan kerja yang tidak lagi diperlukan dapat dikurangkan.
“Kami juga mengambil kira keperluan untuk kekal kompetitif, pantas dan tangkas dalam persekitaran semasa.
“Walaupun tiada sasaran pemotongan ditetapkan, jumlah akhir dijangka sekitar 5,000 pekerja,” kata pada sidang media Pengumuman Keputusan Kewangan Kumpulan PETRONAS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025, di sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Taufik berkata, agihan jumlah dividen kepada pemegang saham bagi 2026 telah ditetapkan sebanyak RM20 bilion seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas menilai keperluan pertumbuhan dan pelaburan semula syarikat, selain memastikan kemampuan membayar pinjaman dan mengekalkan rizab jangka pendek yang mencukupi.
“Bagi peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX), syarikat mengekalkan panduan untuk lima tahun akan datang dengan jumlah purata antara RM5 hingga RM50 juta setahun, bergantung kepada fasa pelaksanaan projek,” katanya. – MalaysiaGazette

















