SPRM kesan 4 ahli keluarga Allahyarham Tun Daim.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu terbabit melibatkan Asnida Abdul Daim dengan alamat terakhirnya di Lorong Pelangi Pagi D, Country Height, Kajang, Selangor.

Selain itu, Md Wira Dani Abdul Daim yang menetap di alamat terakhir di Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Kelang, Kuala Lumpur.

Turut dikesan Muhammad Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim yang kedua-duanya dengan alamat  di Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku.

Tambah SPRM, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamed Daem Mohd Ali di talian 0179127217 atau email di [email protected] bagi kes individu Asnida.

“Untuk kes Md Wira boleh menghubungi pegawai penyiasat Ahmad Aiman Ramly di talian 01161930814 atau emel kepada [email protected].

“Manakala untuk kes Muhammad Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin boleh menghubungi penyiasat Muhammad Ridhwan Mat Hussin di talian 019 8895174 atau email ridhwan. [email protected] serta Hardiansyah Ismail di talian 013539147 atau emel di [email protected],” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast