Ayatollah Ali Khamenei . foto Agensi

TEHRAN – Kerajaan Iran mengumumkan tempoh berkabung nasional selama 40 hari berikutan kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, menurut laporan media rasmi pada Ahad.

Stesen penyiaran kerajaan melaporkan pelbagai acara penghormatan akan dianjurkan di seluruh negara termasuk majlis tahlil, perhimpunan rakyat dan istiadat rasmi yang melibatkan pimpinan tertinggi negara serta angkatan bersenjata.

Sebagai tanda berkabung, bendera Iran akan diturunkan separuh tiang di premis kerajaan, manakala beberapa program kenegaraan dan acara rasmi dijangka ditunda.

Pengumuman itu menyusul selepas pihak berkuasa mengesahkan Khamenei maut dalam serangan udara yang didakwa dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan tersebut mencetuskan perhatian antarabangsa terhadap kemungkinan implikasi politik dan keselamatan susulan kekosongan jawatan tertinggi negara itu.

Untuk makluman, Khamenei menerajui kepimpinan Iran sejak 1989 dan memegang kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan republik berkenaan, termasuk dalam hal ehwal politik, pertahanan dan keselamatan. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast