Logo Polis Diraja Malaysia

KOTA KINABALU – Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan terapung di tepi Sungai Kalansanan, Kampung Kalansanan, Inanam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi daripada seorang petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Sejurus menerima maklumat, pasukan polis yang berada berhampiran telah digerakkan ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 30 meter dari jalan utama di tepi Sungai Kalansanan.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kesan kecederaan atau tanda-tanda perbuatan jenayah pada tubuh si mati. Identiti si mati telah dikenal pasti, dan berstatus Pemastautin Tetap (pemegang Kad Pengenalan MyPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Kasim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis, serta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast