GAMBAR HIASAN.

KOTA KINABALU – Sebanyak 483 orang daripada 182 keluarga terjejas banjir di Sabah masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa jumlah itu menurun berbanding 557 orang daripada 172 keluarga berdasarkan rekod pada 8 malam tadi.

“Kesemua mangsa yang merupakan penduduk dari 93 kampung di Beaufort itu ditempatkan di PPS Dewan Dun Banir,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast