KUALA LUMPUR – Kematian kucing di Pusat Rekreasi Pantai Air Tawar, Terengganu disebabkan jangkitan Feline Coronavirus (FcoV).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPVNT) berkata, jangkitan tersebut sering membawa kepada keadaan yang lebih teruk dan membawa maut dikenali sebagai Feline Infectious Peritonitis (FIP).
Menurutnya, keputusan makmal itu diperoleh pada 23 Februari lalu.
“Prosedur operasi standard jabatan memerlukan pengesahan makmal veterinar dan makmal kimia bagi menentukan punca kematian, khususnya dalam kes yang disyarki melibatkan keracunan mahupun disebabkan penyakit berjangkit,” katanya.
Kenyataan itu turut menolak laporan oleh sebuah media yang melaporkan kematian haiwan itu dipercayai termakan racun. – MalaysiaGazette
















