Onn Hafiz bersama-sama barisan Exco kerajaan negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana z Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seramai 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak di negeri ini akan mendapat ‘durian runtuh’ iaitu Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, mereka akan mendapat sebulan gaji tertakluk kepada syarat dan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2026.

“Bantuan Khas Kewangan ini akan merangkumi 11,271 penjawat awam negeri; 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 992 kakitangan Badan Berkanun Negeri.

“Selaras dengan keputusan kerajaan negeri, bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat pada 5 Mac 2026 atau pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa melantik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Tahun 2026 dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti.

Tambahnya, ini termasuk berusaha sehabis baik untuk memacu negeri ini ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan Bangsa Johor.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast