Aminuddin Hassim mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Tadbir Urus Pendidikan Prasekolah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sedang meneliti mekanisme penyelarasan pendidikan prasekolah yang melibatkan institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Ini termasuklah mempertimbangkan bentuk penyelarasan yang sesuai sama ada melibatkan peralihan keseluruhan, pelaksanaan secara separa atau penyelarasan dari segi kurikulum dan sistem pengurusan.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Reformasi Pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) serta hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang menekankan pengukuhan tadbir urus dan penyediaan akses pendidikan prasekolah yang berkualiti serta inklusif.

Perbincangan perkara itu dibuat dalam mesyuarat Penyelarasan Tadbir Urus Pendidikan Prasekolah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,  Datuk Dr. Aminuddin Hassim hari ini.

Kementerian Pendidikan menerusi Facebook berkata, pelaksanaan akan dilaksanakan secara berfasa dengan sasaran penyelarasan menyeluruh menjelang tahun 2029, dengan keutamaan kepada penyeragaman kurikulum, penyelarasan sistem serta pemeliharaan mutu pendidikan tanpa menjejaskan murid dan warga pendidik. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast