Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata kemudahan TikTok Shop Live Hub akan diperluas ke lebih banyak negeri bagi membantu usahawan tempatan memanfaatkan platform digital untuk memasarkan produk mereka secara lebih berkesan.
Menurut beliau, ketika ini terdapat empat Live Hub yang beroperasi iaitu di Kuala Lumpur, Sabah, Kelantan dan Johor.















