Seorang lelaki warga Myanmar direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas disyaki mengelar leher wanita senegaranya di asrama pekerja di Nilai, Negeri Sembilan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, perintah reman ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan bermula hari ini sehingga 11 Mac oleh Majistret Nurul Azwin Mohd Talhah.















