Zohaime Muhamad Sori

MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) menyasarkan kutipan zakat keseluruhan sebanyak RM162 juta pada tahun ini merangkumi zakat fitrah dan zakat harta.

Ketua Pegawai Eksekutif PZM, Zohaime Muhamad Sori, berkata, daripada jumlah itu, sasaran kutipan zakat fitrah sebanyak RM6.9 juta berbanding kutipan tahun lalu sekitar RM6.6 juta.

Menurutnya, bagi tahun 2025, jumlah kutipan keseluruhan zakat mencecah RM145 juta berbanding sasaran RM153 juta yang ditetapkan, sekali gus menunjukkan peningkatan kutipan walaupun tidak mencapai sasaran penuh.

“Untuk tahun ini, kita letakkan sasaran RM162 juta secara keseluruhan melibatkan zakat fitrah dan zakat harta yang mana bgi zakat fitrah sahaja, sasaran adalah RM6.9 juta.

“Dari segi kaedah pembayaran pula, terdapat peningkatan pembayar menggunakan platform dalam talian seperti iZakat dan laman sesawang rasmi, namun kaedah fizikal masih menjadi pilihan majoriti,” katanya.

Rahmad cuba mengenakan pakaian kepada kepada kanak-kanak pada program “Sinar Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Asnaf Anjuran Zakat Melaka dan Sinar Jernih Sdn. Bhd di Jakel Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program “Sinar Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Asnaf Anjuran Zakat Melaka dan Sinar Jernih Sdn. Bhd di Jakel Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini hari ini.

Ia melibatkan seramai 60 anak-anak fakir, miskin dan yatim yang diraikan melalui pembelian set kelengkapan baju dan duit raya disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Mengulas lanjut Zohaime berkata, peranan kutipan dan agihan zakat dilaksanakan secara berasingan apabila MAIM bertanggungjawab menguruskan dan membelanjakan dana yang dikutip untuk diagihkan kepada golongan asnaf melalui pelbagai program kebajikan sepanjang Ramadan tahun ini.

“Selain itu, Zakat Melaka turut merancang beberapa inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti hari ini termasuk cadangan penganjuran program jelajah sempena musim perayaan, tertakluk kepada lebihan dana yang ada,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast