Sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah hangus dijilat api dalam kebakaran di Batu 13, Jalan Cheras, Kampung Sungai Sekamat Kajang, awal pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah hangus dijilat api dalam kebakaran di Batu 13, Jalan Cheras, Kampung Sungai Sekamat di sini awal pagi ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.41 pagi.

“Sepasukan 19 anggota dan pegawai serta tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan BBP Semenyih digerakkan ke lokasi kejadian pukul 4.48 pagi.

Sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah hangus dijilat api dalam kebakaran di Batu 13, Jalan Cheras, Kampung Sungai Sekamat Kajang, awal pagi Jumaat.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai serbaneka berkeluasan 3,600 kaki persegi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pemadaman yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Isam Abdul Rahman.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast