Prestasi Pelaburan Malaysia pada 2025 yang mencatat rekod pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara iaitu RM426.7 bilion, bukan sekadar angka.
Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan bukti keyakinan dunia terhadap Malaysia dan agenda pembaharuan yang sedang dilaksanakan.















