Keadaan kereta dipandu seorang anggota tentera yang maut tersepit selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Lendu, Kampung Lendu, Alor Gajah pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang anggota tentera maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Lendu, Kampung Lendu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa lelaki Melayu berusia 25 tahun yang memandu Perodua Myvi didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaannya bertembung dengan lori berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.10 pagi.

Lokasi kejadian seorang anggota tentera maut tersepit selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Lendu, Kampung Lendu, Alor Gajah pagi tadi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bergegas ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dengan sebuah lori jenis Hino 10 tan.

“Didapati, seorang tentera lelaki berusia 25 tahun tersepit di bahagian pemandu kereta berkenaan sebelum operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas mangsa berjaya dikeluarkan, pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Keadaan lori 10 tan yang terlibat kemalangan di Jalan Lendu, Kampung Lendu, Alor Gajah pagi tadi mengakibatkan seorang anggota tentera maut.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.06 pagi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast