Letupan meletus susulan serangan di kilang penapisan minyak di Tehran pada 7 Mac 2026. foto AFP

TEHRAN – Depot minyak Iran di sini dibedil tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Ia merupakan yang dilaporkan terhadap infrastruktur minyak negeri tersebut.

“Sebuah depot minyak di selatan Tehran menjadi sasaran Amerika Syarikat dan rejim Zionis,” lapor agensi berita rasmi Islamic Republic News Agency (IRNA).

Depot tersebut terletak berhampiran sebuah loji penapisan minyak utama, namun agensi berita Iranian Labour News Agency (ILNA) melaporkan kemudahan penapisan itu “tidak mengalami kerosakan akibat serangan ketenteraan”.

Serangan turut mengenai sebuah lagi depot minyak di barat laut Tehran, menurut seorang wartawan AFP yang melihat api dan asap tebal naik dari lokasi tersebut.

Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, sekali gus mencetuskan perang di Asia Barat.

Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta kepentingan Amerika Syarikat di seluruh rantau tersebut. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast