Logo Majlis Keselamatan Negara. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia kini berada pada fasa akhir persiapan bagi melaksanakan operasi evakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilaksanakan susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing di rantau berkenaan.

Menurut kenyataan itu, operasi evakuasi berkenaan dijalankan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.

“MKN akan menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri melalui pejabat perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan,” menurut kenyataan itu hari ini.

MKN dan Kementerian Luar Negeri juga akan menyalurkan perkembangan operasi secara berkala sehingga proses membawa pulang rakyat Malaysia selesai.

Kerajaan Malaysia turut menegaskan akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat kembali ke tanah air dengan selamat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast