Fadel Senna/AFP via Getty Images.

BERLIN – Pasukan kebangsaan Iraq meminta badan induk bola sepak FIFA rancangan alternatif untuk perlawanan penentuan (playoff) Piala Dunia mereka yang dijadualkan berlangsung akhir bulan ini ketika konflik meruncing di Timur Tengah, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Iraq akan menentang pemenang perlawanan penentuan antara Suriname dan Bolivia di Monterrey, Mexico, pada 31 Mac dalam kempen mereka untuk layak ke kejohanan global yang pertama sejak 1986.

Namun persiapan Iraq dilanda huru-hara akibat konflik yang semakin meluas di Timur Tengah.

Ruang udara negara itu tidak akan dibuka semula hingga 1 April, dengan separuh daripada skuad di Baghdad tidak dapat melakukan perjalanan.

Jurulatih Graham Arnold pula terperangkap di Dubai.

“Tolong bantu kami dengan perlawanan ini kerana pada masa ini kami sedang bergelut untuk mengeluarkan pemain kami dari Iraq,” kata Arnold kepada agensi berita Austria AAP.

Menurut The Guardian, Iran secara rasmi meminta FIFA menangguhkan perlawanan itu selepas menolak cadangan persekutuan supaya skuad itu membuat perjalanan 25 jam ke Turkiye sebelum terbang ke Mexico bagi menghadiri perlawanan.

Akhbar itu melaporkan beberapa pemain Iraq dan kakitangan masih belum menerima visa untuk Mexico atau Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah merancang untuk mengadakan kem latihan di Houston.

AS, Mexico dan Kanada menjadi tuan rumah bersama kejohanan itu, yang bermula pada 11 Jun. – BERNAMA-DPA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast