KUALA LUMPUR – Penggiat industri muzik tanah air mahu kerajaan agar menyegerakan penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia.
Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid berkata, satu badan khusus yang berperanan menyelaras pembangunan industri secara menyeluruh dan strategik seperti yang terdapat di banyak negara lain.
Menurutnya, penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia penting bagi menyusun dan memperkukuhkan ekosistem industri muzik negara.
Ia menjaga kebajikan serta perlindungan sosial penggiat seni, membantu pembangunan bakat baharu dan generasi pelapis dan
memperluaskan pasaran muzik tempatan ke peringkat serantau dan antarabangsa.
Ia meningkatkan sumbangan industri muzik kepada ekonomi negara.
Industri muzik Malaysia merupakan salah satu komponen utama dalam sektor ekonomi kreatif negara yang melibatkan ribuan penggiat seni termasuk artis rakaman, komposer, penulis lirik, pemuzik, penerbit, jurutera bunyi, kru produksi serta pemain industri di belakang tabir.
“Kami percaya bahawa dengan adanya sebuah badan rasmi seperti Perbadanan Muzik Malaysia, industri muzik tempatan akan berkembang dengan lebih tersusun, profesional dan berdaya saing di peringkat global,” kata Ayob. – MalaysiaGazette















