Reaksi pegawai melakukan cerapan anak bulan pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan di Menara Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 17 FEBRUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri pada petang Khamis, 19 Mac ini, bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, cerapan anak bulan akan dilakukan di 29 lokasi di seluruh negara.

Lokasi-lokasi tersebut adalah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Selain itu, Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, KedahStesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah dan Menara Alor Setar, Kedah.

Lokasi lain ialah Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA dan Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan; Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur,  Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan dan Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Manakala di Sarawak ialah Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak dan Pusat Falak Bintulu, Sarawak.

Juga Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang; Menara 188, Kuantan Pahang dan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Tiga kawasan lain ialah Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya; dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan Tarikh Awal Syawal adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Syawal yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast