Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin.

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh gerakan Hindutva mula menular ke Malaysia.

Sehubungan itu, beliau yang dikenali dengan nama Dr. Maza menuntut pihak berkuasa menyiasat latar anasir yang berada di rumah-rumah ibadat di negara ini.

“Kita bimbang tindakan ganas dan kejam serta anti-Islam yang ditunjukkan oleh mereka yang terpengaruh dengan gerakan Hindutva ini akan mencetuskan rusuhan yang besar dalam negara ini.

“Ini merupakan soal keselamatan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Di India, dakwanya, gerakan Hindutva ini membunuh, membakar, menyeksa Muslim dengan kejam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast