Shazeli Kahar

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut ekoran insiden serta ugutan jenayah di Taman Kinrara, Puchong melibatkan Cikgu Chandra.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata,bagi insiden pertama, siasatan dijalankan di Bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi insiden kedua, kertas siasatan di Bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan telah dibuka berkaitan kejadian khianat dengan api melibatkan keneraan di lokasi yang sama.

Siasatan dibuat ekoran telah menerima dua laporan berasingan.

“Polis akan mengenal pasti motif dan pelaku yang terlibat. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk memberikan ruang sepenuhnya kepada polis bagi melengkapkan proses siasatan,” ujarnya.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya jangan membuat spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian laum serta kententeraman awam.

Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang, katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kereta Cikgu Chandra dibakar jam 3 pagi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast