Hayl Haarith Mohd Syafaeez

SEBERANG JAYA – Punca kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang meninggal dunia ketika di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dalam Hospital Seberang Jaya di sini semalam, masih belum dipastikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, ia susulan bedah siasat telah dijalankan namun, punca kematian masih belum dapat dipastikan dan diklasifikasikan sebagai ‘Pending Further Investigation’.

“Kita masih menunggu keputusan ujian serta siasatan lanjut berhubung kes ini.

“Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi kerana ia boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai kejadian Helmi berkata, polis menerima maklumat pada jam 6.10 pagi yang memaklumkan bayi berkenaan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya oleh seorang penjaga dari taska tersebut sebelum disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 4.20 pagi.

“Susulan laporan itu, kita menjalankan siasatan lanjut di taska berkenaan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sebelum melakukan tangkapan ke atas dua wanita.

“Masing-masing mereka dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga 16 Mac depan bagi membantu siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast