ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik televisyen kerajaan Iran.

Zakani menyatakan bahawa semasa perang 12 hari pada Jun 2025, sebanyak 1,450 sasaran telah diserang. Beliau menambah operasi pembersihan runtuhan berskala besar sedang dijalankan di bandar itu.

Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas. Pihak berkuasa Iran melaporkan bahawa serangan itu setakat ini telah mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, serta mencederakan lebih 10,000 yang lain.

Israel dan AS sebelum ini turut melancarkan serangan terhadap Iran pada Jun tahun lepas ketika rundingan antara AS dan Iran dengan pengantaraan Oman sedang berlangsung. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast