Petugas penyelamat berehat di sebelah sebuah bangunan kediaman yang rosak di Tehran pada 12 Mac 2026. foto AFP

TEHRAN – Ketua keselamatan Iran, Ali Larijani, mengancam akan menyasarkan grid kuasa di rantau ini sekiranya Amerika Syarikat (AS) menyerang bekalan elektrik Republik Islam itu.

“Jika mereka berbuat demikian, seluruh rantau ini akan bergelap dalam tempoh kurang setengah jam dan kegelapan memberi peluang luas untuk memburu anggota tentera AS yang berlari mencari perlindungan,” kata Larijani dalam satu hantaran di platform X.

Presiden Donald Trump sebelum ini berkata,  tentera AS mampu melumpuhkan bekalan elektrik Iran “dalam tempoh satu jam” — sekali gus menyebabkan negara itu memerlukan tempoh pembinaan semula yang mungkin mengambil masa satu generasi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast