Seorang lelaki Pakistan maut selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Kuala Sedili-Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki Pakistan maut manakala dua rakannya parah selepas kereta dinaikinya kemalangan di Jalan Kuala Sedili-Tenggaroh Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 7.05 petang selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas sebelum terbalik.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan pemandunya, Yaqub Khan berusia 42 tahun mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian badan dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedeli.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi. Dua penumpang yang juga lelaki warga Pakistan berusia 25 dan 31 tahun cedera parah dan kini dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

Tambahnya, ini termasuk hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh sehingga lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast