Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali berjuang bersama UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau terharu dan berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli parti yang pernah dipecat, digantung keahliannnya untuk bersama-sama kembali menyertai UMNO.

Hishammuddin yang digantung keahliaannya selama enam tahun bermula Januari 2023 berkata, untuk menyertai UMNO bukanlah keputusan sukar baginya.

“Dalam tiga tahun saya digantung, saya tidak pernah keluar parti pun.

“Jadi hari ini apabila pimpinan telah membuat pendirian, saya rasa penting saya beritahu kepada warga Sembrong dan pimpinan UMNO Sembrong terlebih dahulu bahawa tak timbul masalah langsung bagi saya untuk terima apa yang dinyatakan presiden parti.

“Yang penting saya tidak pernah lari (dari UMNO,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Hishammuddin, isunya kini ialah status beliau sebagai ahli yang digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Kalau betul mereka ikhlas dan tarik balik penggantungan, saya akan kembali berjuang dalam UMNO, rapatkan barisan kita dalam UMNO Sembrong, UMNO Johor, untuk perkasa dan perkukuhkan parti keramat UMNO,” tambahnya. – MalaysiaGazette

UMNO buka pintu kepada bekas ahlinya kembali sertai parti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast