Pengurus Besar Momoyo Malaysia, Alex Tan (tengah), Pengurus Pembangunan Perniagaan Momoyo Malaysia, Alif Iman (kiri) dan Presiden Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT), Dini Dalilah Wan Nordin (kanan) bergambar selepas selesai pelancaran produk baharu Dino Series dan program majlis berbuka puasa Momoyo di W Factory Event Space, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 Mac 2026.

SHAH ALAM – Jenama minuman teh inovatif, Momoyo mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan dengan sasaran pembukaan 600 cawangan di seluruh negara selaras dengan pelancaran produk dan kempen musim perayaan terbaharunya.

Bekerjasama rapat dengan beberapa jenama lain, Momoyo yakin mesej utama ‘segar sepanjang hari’ akan dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Momoyo telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa semalam dan memperkenalkan produk terbaharu DINO Series serta melancarkan lagu Raya Lebih Cool sempena menyambut Aidifrtiri tahun ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Momoyo Malaysia, Alif Iman berkata, DINO Series adalah produk terkini yang membawa identiti kreatif Momoyo buat pelanggan.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Momoyo Malaysia, Alif Iman pada sidang media selepas selesai pelancaran produk baharu Dino Series dan program majlis berbuka puasa Momoyo di W Factory Event Space, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 Mac 2026.

“DINO Series diinspirasikan daripada elemen koko dan dinosaur yang menampilkan reka bentuk tear-cup dilihat begitu menyeronokkan sekali gus mencerminkan imej jenama kami yang muda, bertenaga dan kreatif.

“Ia bukan sekadar mengenai minuman tetapi melalui produk kreatif ini, Momoyo berharap dapat membawa lebih banyak kebahagiaan kepada pelanggan kami,” katanya selepas majlis pelancarannya.

Dalam perkembangan sama, Momoyo turut mengumumkan sasaran agresif untuk membuka 600 cawangan di seluruh negara bagi memenuhi permintaan peminat minuman teh boba dan aiskrim yang semakin meningkat.

“Setakat ini kami sudah ada 200 cawangan dan kami berusaha mencipta jenama yang disukai dengan gaya tersendiri. Momoyo telah berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia.

“Dengan produk utama kami iaitu Real Food, Real Taste ia mencerminkan dedikasi penuh Momoyo dalam mencipta fruit tea segar yang autentik dengan produk terlaris kami pula ialah Fruit Tea dan Ice Cream Series,” katanya lagi.

Jelasnya, Momoyo kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar MOMOYO dengan menawarkan peluang francais di seluruh Malaysia.

Tidak lengkap Aidilfitri tahun ini tanpa lagu raya dan Momoyo turut bersama-sama tampil dengan lagu raya berjudul Raya Lebih Cool yang dinyanyikan penyanyi popular Ismail Izzani dan Layla Sania.

“Lagu ini sudah dimuat naik di semua platform media sosial kami. Ramai yang suka kerana lagu ini benar-benar membawa imej kami.

“Kempen raya juga semakin mendapat perhatian meluas dengan #MOMOYORayaLebihCool dan #MOMOYO yang kini trending di seluruh negara,” katanya lagi.

 

Pengurus Besar Momoyo Malaysia, Alex Tan (tengah), Timbalan Pengarah Sekretariat Visit Malaysia 2026, Tourism Malaysia, Zurina Abdul Samad (kiri), dan Ketua Perkhidmatan Pedagang Touch ’n Go Digital, Wong Chee Mun (kanan) pada pelancaran produk baharu Dino Series sempena program majlis berbuka puasa Momoyo Energy di W Factory Event Space, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 Mac 2026.

Selain memfokuskan kepada pengembangan perniagaan, Momoyo turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbangkan RM1,888 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT).

Presiden SHUT, Dini Dalilah Wan Nordin berkata, sumbangan itu dapat membantu rumah Kebajikan yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

“Alhamdulillah dengan kerjasama seperti ini, SHUT akan terus memperkasa dan menggiatkan usaha kami membantu mereka yang menjadi mangsa pemerdaganan manusia.

“Sumbangan itu bertujuan menyokong usaha membanteras pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu berkenaan.

“Terima kasih kepada Momoyo yang percaya pada usaha kami dalam membantu golongan yang memerlukan ini,” katanya.

Pengurus Besar Momoyo Malaysia, Alex Tan bergambar bersama anak yatim dan asnaf sempena pelancaran produk baharu Dino Series dan program majlis berbuka puasa Momoyo di Seksyen 16 dan Seksyen 19, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 Mac 2026.

Pada majlis sama, Momoyo juga turut meraikan golongan asnaf dan anak yatim dari Seksyen 16 dan Seksyen 19 Shah Alam dengan memberian sumbangan duit raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast