Kredit: JBPM Pahang

KUANTAN – Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 6.15 pagi tadi sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran melibatkan kereta yang berada di luar bengkel dan tidak melibatkan struktur premis berkenaan.

“Sebanyak tujuh kereta musnah sepenuhnya manakala lima lagi dianggarkan terbakar 20 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiada mangsa terlibat dalam insiden itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast