Fadhlina Sidek bersama-sama 400 penduduk Nibong Tebal yang menerima bantuan Aidilfitri hari ini.

NIBONG TEBAL – Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal Tahun 2026/1447 Hijrah bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal, hari ini.

Pada majlis itu, Fadhlina telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri dalam bentuk baucar pasar raya C-Mart kepada seramai 400 penerima dalam kalangan penduduk yang kurang bernasib baik di Nibong Tebal.

Fadhlina Sidek menyantuni penerima bantuan Aidilfitri dalam program di Nibong Tebal hari ini.

Sumbangan yang diberi memberi keceriaan dan membantu persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Menurut Fadhlina, beliau sentiasa prihatin terhadap keperluan keseluruhan segmen masyarakat di Nibong Tebal.

“Pelbagai bentuk bantuan disediakan demi rakyat di Nibong Tebal termasuk persiapan persekolahan anak-anak dan bagi menghadapi semua perayaan.

“Dalam menghadapi ketidaktentuan global akibat krisis berterusan di Asia Barat, Kerajaan MADANI sentiasa berikhtiar memastikan sumber negara digunakan secara optimum dan bantuan terbaik dapat diberikan secara bersasar untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat,” tambah Fadhlina dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelang sambutan Aidilfitri pada minggu hadapan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal turut akan menyampaikan sumbangan barang mentah makanan kepada penduduk. – MalaysiaGazette

Fadhlina Sidek ketika berucap pada program sumbangan Aidilfitri kepada penduduk di Nibong Tebal hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast