Alwiyah Talib

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) Endau, Alwiyah Talib dilantik sebagai Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Mersing berkuat kuasa 10 Mac lalu.

Setiausaha Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Samsudin Ismail berkata, Alwiyah menerima watikah pelantikan tersebut dalam majlis Iftar Bersatu di Melawati, Kuala Lumpur.

“Alwiyah dipilih kerana wakil rakyat dan mahir selok belok politik Mersing. Beliau juga seorang yang kuat bekerja untuk rakyat. Kita yakin beliau mampu memulihkan semula Bersatu Bahagian Mersing yang sudah dua kali bertukar kepimpinan sekaligus membuka lembaran baharu kejayaan Bersatu Mersing dan Johor,” katanya ketika dihubungi.

Pada 18 Februari lalu, 11 Ketua Bahagian Bersatu Johor mengumumkan perletakan jawatan beramai-ramai kerana kecewa dengan konflik dalaman yang melanda parti itu

Jurucakap mereka, Datuk Isa Abdul Hamid berkata, susulan keputusan berkenaan kepimpinan bahagian terbabit juga terbubar dan tidak lagi boleh menjalankan apa-apa kegiatan berkaitan parti.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Abdul Hamid berkata, 11 ketua bahagian itu membabitkan Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Ledang, Pontian, Labis, Pengerang, Johor Bahru, Tanjung Piai, Sri Gading dan Pulai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast