Ini kerana biarpun sudah membina keluarga di Malaysia, usaha Argzim, 34, mendapatkan status warganegara sejak 2022 masih belum membuahkan hasil.
“Saya mohon (status naturalisasi) sejak 2022. Tapi sampai sekarang, saya masih belum tahu status saya.
“Tapi saya sudah lengkapkan semua (dokumen) dan saya bermain di Malaysia selama sembilan tahun dari 2018 bersama PDRM. Jadi, saya kahwin lapan tahun dengan orang Malaysia. Kedua-dua anak saya orang Malaysia.
“Jadi, saya anggap Malaysia macam rumah kedua saya. Tapi saya terkilan, kahwin ada dua orang anak tapi masih tak dapat (kerakyatan). Saya tak tahu apa masalah,” katanya dalam satu rakaman video di media sosial di ini.
Argzim bukan asing dalam saingan Liga Malaysia sejak tiba di negara ini pada 2018.
Antara pasukan yang pernah diwakilinya ialah PDRM FC, Terengganu FC, Terengganu FC II dan terbaru, Melaka.
Mengulas lanjut, Argzim berharap ada pihak yang dapat membantu menyelesaikan isu kerakyatannya agar dapat mengikut jejak ramai pemain naturalisasi lain mewakili Harimau Malaya. – MalaysiaGazette















