Met Malaysia
Met Malaysia

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak berkuat kuasa petang ini.

Menerusi kenyataan rasmi, amaran tersebut membabitkan kategori ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlarutan dalam tempoh beberapa jam.

Menurut makluman yang dikeluarkan, “Amaran Ribut Petir” itu melibatkan kawasan terpilih di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada 4 petang dan berkuat kuasa sehingga 7 malam ini.

Bagi negeri Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Selangor pula, amaran melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu, kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut tersenarai dalam amaran ribut petir tersebut.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sri Aman (Sri Aman dan Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Telang Usan).

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan mengambil maklum mengenai amaran ribut petir dan hujan lebat yang sedang berkuat kuasa dalam tempoh yang dinyatakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast