Datuk Razali Idris

KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipercayai menasihati bekas pemimpin parti itu agar tidak terus terperangkap dengan naratif lama sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Dalam satu hantaran ringkas di media sosial, ADUN Kijal, Datuk Razali Idris dilihat menyasarkan teguran tersebut kepada bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ia susulan kenyataan Ahli Parlimen Larut yang mendakwa 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu menyokong beliau manakala hanya enam termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong Presiden Bersatu itu.

“Penyakit apa nih?? Dah tak berapa lama lagi nak PRU16. Move On la wehhh…,” tulisnya di Facebook beliau.

Pada 13 Februari 2026, Hamzah secara rasmi dipecat oleh Lembaga Disiplin Bersatu, menjadikan beliau bukan lagi Timbalan Presiden dan ahli parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Disiplin parti yang mendapati beliau telah melanggar perlembagaan parti, bersama 16 lagi ahli lain termasuk beberapa ahli Parlimen. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast