KUALA LUMPUR – Pengguna lebuh raya yang merancang untuk pulang ke Pantai Timur sempena Aidilfitri dinasihatkan supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengelakkan kesesakan melampau di titik kritikal Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

AFA PRIME Berhad (AFA PRIME) mengumumkan strategi pengurusan trafik komprehensif sebagai langkah proaktif mengurangkan kepadatan kenderaan, terutamanya di gerbang utama iaitu Plaza Tol Gombak, Bentong, dan Karak.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz berkata, penggunaan TTA adalah sebahagian daripada strategi smart travel bagi memastikan perjalanan lebih teratur dan kurang tekanan buat warga kota.

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan pengalaman perjalanan pengguna yang menceriakan.

“Dengan mengikuti TTA, pengguna bukan sahaja membantu dalam penyuraian trafik, malah menyumbang kepada ekosistem pemanduan lebih selamat dan menceriakan untuk semua yang ingin pulang beraya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi memastikan kelancaran, pengguna disarankan merujuk kepada slot masa mengikut destinasi masing-masing seperti 8-11 pagi dan 12 tengahari-4 petang bagi perjalanan menuju Pahang bagi tarikh 19 dan 20 Mac ini.

Manakala pengguna lebuh raya yang menuju Terengganu dan Kelantan pada tarikh sama dicadangkan masuk ke lebuh raya ialah 9 pagi-12 tengahari serta 8 malam dan 11 malam.

 

Pengguna juga digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas antara jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi untuk pemanduan yang lebih lancar dan lengang.

Selain mematuhi TTA, pengguna kenderaan ringan dinasihatkan untuk mengelakkan waktu puncak pergerakan bas ekspres di Plaza Tol Gombak bagi mengurangkan kesesakan di lorong tol. Waktu puncak tersebut adalah:-

AFA PRIME turut memastikan semua kemudahan di sepanjang lebuh raya berada pada tahap optimum, dengan penempatan unit rondaan dan pasukan kecemasan di lokasi strategik sepanjang musim perayaan ini.

Untuk maklumat trafik terkini, pengguna boleh menghubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau mengikuti akaun @LPTTrafik di platform X. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast