Aliran trafik menuju ke Pantai Timur mula menunjukkan peningkatan ketara apabila warga kota mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri.
Tinjauan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak mendapati keadaan jalan raya semakin sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan, terutama pada waktu puncak.














