Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sebagai menteri paling hipokrit, apabila sakan membuat pelbagai pertuduhan negatif terhadap banyak syarikat korporat yang didakwa bermasalah kini, sedangkan beliau tidak pernah bersuara mengenai syarikat sama sewaktu memegang jawatan menteri.

Aktivis politik, Faizan Mohd Nor, menegaskan dalam tempoh hampir tiga tahun Rafizi memegang jawatan Menteri Ekonomi, banyak syarikat yang didakwa bermasalah telah menerima kontrak baharu atau sambungan kontrak jangka panjang.

“Dimana dia pada masa itu, hampir 3 tahun jadi menteri bukan sesuatu yang singkat, duduk atas kerusi empuk di pejabat menteri atau dalam dua,” kata Faizan dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau terus menyindir Rafizi yang kini “kuat melalak” seolah-olah tidak pernah berada dalam kerajaan atau menghadiri mesyuarat Kabinet.

“Sekarang, Rafizi Ramli kuat melalak seperti dia tak pernah ada dalam kerajaan dan tak pernah hadiri mesyuarat kabinet.

“Lebih teruk, dia susahkan banyak pekerja sebab rosakkan imej syarikat perniagaan yang dia tak suka dan memburukkan nama syarikat Malaysia di mata dunia, hari ini orang Google je nampak banyak syarikat Malaysia imej mereka teruk,” tambah beliau.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan aktiviti perniagaan dalam negara serta menyokong pelaburan langsung domestik.

Beliau berkata,Kabinet juga menumpu mempercepat pelaksanaan projek kerajaan dan memudahkan kelulusan aktiviti perni termasuk permohonan ekspatriat berkemahiran, dalam usaha menggalakkan pertumbuhan domestik.

Mengulas lanjut, Faizan menegaskan pemimpin seperti Rafizi perlu ditolak rakyat atas kesan kemusnahan yang telah beliau lakukan.

“Hari ini orang boleh ‘Google’ sahaja, banyak syarikat Malaysia imej mereka teruk. Pemimpin seperti Rafizi ini perlu ditolak rakyat berdasarkan banyak kemusnahan yang telah beliau lakukan,” katanya.

Untuk rekod, Rafizi pernah dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada Disember 2022 dan meletak jawatan pada Jun 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast