Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyambut baik pengumuman gencatan senjata sementara operasi antara Pakistan dan Afghanistan sempena Aidilfitri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa semua pihak untuk meneruskan usaha peluasan ke arah keamanan berkekalan.

“Pada masa sama, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah melibatkan Iran, serta menegaskan keperluan mendesak untuk menghentikan eskalasi dan mengutamakan dialog,” kata beliau.

Anwar berkata, pesanan itu dibuat semasa perbualan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, ketika  perjalanan pulang selepas lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, hari ini.

Dalam perbualan tersebut beliau turut menyampaikan ucapan Aidilfitri serta menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan erat dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast