PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di Jamek as-Syakirin Kampung Pelet di sini hari ini.

Beliau tiba 1.12 tengah hari dengan disambut Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid.

Terdahulu, beliau bersama hampir 700 jemaah seterusnya mendengar khutbah bertajuk “Ramadan Ketika Senja Terakhir Berlabuh”.

Beliau selepas ini dijadualkan melakukan tinjauan dan ziarah komuniti di rumah sekitar Permatang Pasir dan akan mengakhiri lawatan kerja seharinya dengan menghadiri program Santai bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast