MalaysiaGazette memohon maaf atas kekeliruan dalam laporan berhubung Mubarak Thahak dilucut jawatan Undang Luak Sungei Ujong ke-10 yang disiarkan pada Khamis lalu.
Hasil semakan mendapati sumber berita dan kenyataan media yang diberikan kepada pihak media adalah palsu dan tidak berasas.
Kami telah menurunkan berita tersebut dan menghargai maklum balas daripada Setiausaha Sulit Kepada Yang Teramat Mulia Dato’ Kelana Petra, Dato’ Haji Mubarak Thahak, Ahmad Hanafi Ruzlan berhubung berita palsu itu.
MalaysiaGazette komited untuk memastikan ketepatan dan integriti dalam setiap laporan yang disiarkan. – MalaysiaGazette















