KUALA LUMPUR – Tren ETS EP9130 dijangka mengalami kelewatan kira-kira 120 minit (dua jam) dari jadual asal susulan gangguan teknikal di Rasa, Hulu Selangor, Selangor.
KTM Berhad dalam kenyataannya memaklumkan, perkhidmatan tren Komuter dan ETS laluan terbabit juga akan mengalami anggaran kelewatan 15 minit daripada jadual asal disebabkan penggunaan satu landasan.
Katanya, penumpang diminta merujuk kakitangan di stesen untuk sebarang bantuan lanjut.
“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Terima kasih atas perhatian anda,” katanya.
Tambah KTMB maklumat terkini perkhidmatan tren akan dikemas kini dari semasa ke semasa. -MalaysiaGazette















