umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.
Solat sunat Istisqa' bagi memohon hujan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata usaha berkenaan wajar dilaksanakan secara berterusan sebagai tanda keinsafan dan kebergantungan kepada Allah SWT.

“Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT serta dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini, orang ramai perlu lebih peka termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast