KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjadi penjual bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran keluar bersih asing sebanyak -RM168.3 juta pada minggu lalu.
MIDF Research berkata, pelabur asing mencatatkan jualan bersih pada dua daripada empat hari dagangan sepanjang minggu tersebut.
Aliran keluar terbesar direkodkan pada Khamis (-RM244.3 juta), diikuti Isnin (-RM175.5 juta).
Manakala aliran masuk terbesar pula dicatatkan pada Selasa (RM159.7 juta) dan Rabu (RM91.8 juta).
Firma penyelidikan itu berkata, tiga sektor utama yang merekodkan aliran masuk bersih asing ialah perladangan (RM156.8 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (RM90.7 juta), dan penjagaan kesihatan (RM61.0 juta).
Dalam pada itu, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar bersih ialah perkhidmatan kewangan (-RM399.3 juta), produk & perkhidmatan pengguna (-RM56.3 juta), dan pembinaan (-RM46.0 juta).
Pelabur institusi tempatan pula mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM332.8 juta, menandakan dua minggu berturut-turut aktiviti belian bersih.
Menurutnya, pelabur runcit tempatan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak -RM164.6 juta, kembali menjadi penjual bersih selepas minggu sebelumnya mencatatkan aliran masuk.
Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan secara menyeluruh: pelabur runcit tempatan turun -12.7%, institusi tempatan -14.6%, manakala pelabur asing meningkat +7.0%. – MalaysiaGazette
















